Panduan Cek Ditolak Untuk Pemiutang Di Malaysia
- Rule & Co Editorial Team

- 11 jam lalu
- 4 min membaca
Cek yang ditolak, ditendang, atau dikembalikan semua merujuk kepada situasi di mana bank enggan membayar sesuatu cek, lazimnya kerana dana tidak cukup dalam akaun pengeluar cek.
Apapun, ia adalah isu untuk perniagaan atau individu yang bergantung pada cek itu untuk dibayar.

Kesilapan tak sengaja boleh berlaku, tapi pengalaman kami dalam industri tuntutan hutang adalah cek bermasalah sering kali dikeluarkan dengan sengaja - malah, kami sendiri pernah diberikan cek daripada klien berjumlah RM350,000 yang ditolak.
Mujurnya, undang-undang Malaysia tidak merumitkan proses tuntutan bayaran tertunggak, dan panduan kami menerangkan cara pemiutang boleh mengendalikan cek yang dikembalikan.
Begini cara kami terangkannya:
undang-undang berkaitan cek ditendang (+ kesan kepada anda)
dua langkah segera yang perlu diambil sebagai pemiutang, dan
pandangan profesional kami tentang apa yang boleh dibuat selanjutnya
Anda juga boleh terus hubungi kami untuk penilaian kes percuma.

Kalau tak, jom mulakan.
Undang-undang untuk cek yang ditolak
Pemiutang di Malaysia perlu mengetahui dua undang-undang berkaitan cek yang ditolak:
Seksyen 47 Akta Bil Pertukaran 1949, dan
Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574)
Kami menasihatkan kedua-duanya dilihat sebagai satu bentuk leverage - kebolehan mengambil tindakan ini selalunya lebih berkesan untuk memaksa pembayaran.
Seksyen 47 Akta Bil Pertukaran 1949
Akta Bil Pertukaran 1949 merupakan undang-undang utama Malaysia berkaitan cek, dan Seksyen 47(2) secara khusus menyatakan bahawa pihak yang menerima cek yang ditolak secara automatik mempunyai kausa tindakan terhadap pengeluar cek tersebut.
Kenapa ia penting:
Cek yang ditolak sendiri selalunya cukup sebagai bukti hutang untuk mengemukakan tuntutan anda. Ia juga menjadi faktor penting permohonan penghakiman terus (perintah mahkamah tanpa perbicaraan).
Seksyen 420 Kanun Keseksaan
Ringkasnya, di bawah Seksyen 420 Akta 574, membayar untuk barang atau perkhidmatan yang diterima dengan cek yang dijangka akan ditolak adalah kesalahan jenayah yang mewajibkan sebatan dan penjara setahun - dan sehingga 10 tahun bergantung pada tahap kesalahan.
Anda perlu membuktikan terdapat niat tidak jujur pembeli yang mengeluarkan cek tersebut - contohnya, mereka sudah tahu akaun bank mereka tidak ada dana yang cukup.
Kenapa ia penting:
Melainkan penghutang anda mempunyai punggung besi, ancaman penjara dan sebatan biasanya dipandang serius, dan bagi ramai, prospek perbicaraan jenayah sudah cukup untuk mendorong pembayaran atau rundingan.
Langkah segera sebagai pemiutang
Sama ada anda mengambil tindakan undang-undang atau berunding di luar mahkamah, ambil langkah awal ini dengan segera untuk melindungi kedudukan anda.
1. Hantar notis penolakan cek
Maklumkan pihak yang mengeluarkan cek tersebut bahawa is telah ditolak dan pembayaran masih belum dibuat dalam tempoh yang ditetapkan di bawah Akta Bil Pertukaran 1949:
jika berada di tempat yang sama, notis tersebut hendaklah sampai kepada mereka pada hari selepas cek ditolak
jika berada di tempat yang berbeza, notis tersebut hendaklah dihantar pada hari selepas cek ditolak atau melalui pos yang tersedia seterusnya
Tiada format khusus untuk notis tersebut selagi ia mengandungi semua butiran yang berkaitan, dan pembaca dialu-alukan untuk gunakan templat kami di atas.
Kegagalan memberikan notis dalam tempoh ini boleh menjejaskan keupayaan anda untuk mengambil tindakan terhadap pengeluar cek, jadi janganlah berlengah.
2. Simpan Image Return Document daripada bank

Simpan Image Return Document (IRD)Â daripada bank atau apa-apa dokumentasi lain yang menunjukkan cek tersebut telah ditolak atau tidak dihormati. Ini membuktikan bahawa cek telah dikemukakan kepada bank tetapi pembayaran tidak dibuat.
Boleh tak laporkan cek ditolak polis?
Jawapan ringkas:Â Ya, tapi hanya kalau peguam anda setuju!
Jawapan panjang:Â Cek yang ditolak sendirinya bukan satu kesalahan jenayah dan memerlukan beberapa faktor lain untuk termasuk di bawah Seksyen 420 Akta 574. Melainkan anda sudah mempunyai bukti kukuh, pihak polis lazimnya akan angap cek yang ditolak sebagai isu sivil dan menasihati anda untuk hubungi peguam.
Jadi walaupun anda boleh buat laporan polis, kami berpendapat terdapat langkah lain yang lebih wajar untuk mendapatkan semula hutang yang tertunggak.
Pandangan kami mengenai strategi seterusnya
Katakan anda minta bantuan Rule & Co untuk cek ditolak selepas ambil dua langkah di atas.
Andai katanya si penghutang mempunyai dana atau aset yang cukup, strategi kami terlebih dahulu bergantung pada jumlah hutang, dan secara amnya kami ada tiga kategori:
Di bawah RM50,000:Â Kami menasihatkan supaya kekal dengan rundingan kerana prosiding sivil lazimnya tidak berbaloi dari segi kewangan walaupun hutang dituntut sepenuhnya.
RM50,000 dan ke atas bagi penghutang korporat: Tuntutan statutori - langkah sebelum penggulungan wajib - mungkin boleh digunakan untuk memberikan tekanan.
RM100,000 dan ke atas:Â Prosiding sivil lebih masuk akal kerana jumlah yang boleh dituntut lebih tinggi, tapi kita masih cuba berbincang terlebih dahulu.
Walaupun rundingan mungkin kedengaran ‘lembut’, jangan pandang rendah taktik ini. Label ‘penghutang’ adalah beban berat dan ramai yang sanggup menerima tawaran penyelesaian!
Bagi kategori kedua dan ketiga, kami turut mengambil kira sikap penghutang - jika mereka benar-benar bersedia untuk berunding, penyelesaian secara baik lebih cepat, murah dan kurang mengganggu berbanding tuntutan statutori atau membawa perkara tersebut ke mahkamah.
Apabila mereka banayak alasan atau jelas menggunakan ‘rundingan’ untuk terus berlengah-lengah, tindakan undang-undang boleh menjadi pilihan terbaik, seperti yang kami sendiri alami.
Jumlah hutang jauh melebihi ambang RM100,000 kami, penghutang tidak memberikan kerjasama, dan butiran kes menunjukkan kemungkinan tinggi mahkamah akan memihak kepada kami - kegagalan penghutang untuk bertindak hanya mempercepatkan proses kami menggarnis akaun bank mereka.
Perasan tak kami tak terus ambil tindakan undang-undang walaupun kami firma guaman!
Kami menasihatkan anda untuk tutut hubungi penghutang atau dapatkan khidmat profesional untuk mewakili anda.
Itu saja daripada kami, dan semoga proses tuntutan hutang anda berjalan lancar 🙂
Biar Rule & Co kendalikan cek anda yang ditolak

Jika penghutang senyap dan anda sudah penat mengejar, Rule & Co ialah firma guaman yang membantu pemiutang mendapatkan bayaran tertunggak melalui strategi yang meminimumkan kos, memaksimumkan tuntutan, dan melindungi reputasi klien kami.




Komen