top of page
Designer (52)_edited.jpg

Tuntutan Hutang B2B Di Malaysia

13528235_10154921707749622_6858702610276241136_o (1)_edited.png

Berdaftar dengan Badan Peguam Malaysia • Ditubuhkan pada 2016 • 1,000+ kes dikendalikan

Penilaian Kes Percuma

Pendekatan Tuntutan Hutang Korporat Kami

Kerana pengarah syarikat secara am terlndung daripada liabiliti peribadi, manakala syarikat yang masih beroperasi lebih terdedah kepada tindakan undang-undang, pendekatan yang tegas tetapi berhemah selalunya lebih berkesan. Kami mengambil kira faktor ini apabila menilai sesuatu kes supaya kami dapat menasihatkan anda tentang langkah yang paling efektif.

​

  1. Surat tuntutan: Surat tuntutan rasmi daripada firma kami yang menyatakan jumlah hutang, tarikh akhir pembayaran dan tindakan undang-undang yang akan diambil jika tuntutan tidak diendahkan.

  2. Rundingan dan penyelesaian: Jika syarikat penghutang mahu membayar tetapi tidak mampu menjelaskan keseluruhan hutang sekaligus, kami menyediakan pelan bayaran ansuran yang melindungi kepentingan anda.

  3. Notis tuntutan berkanun: Syarikat yang berhutang RM50,000 atau lebih boleh disampaikan notis tuntutan berkanun. Jika hutang tidak dibayar dalam tempoh 21 hari, syarikat tersebut dianggap tidak mampu membayar hutangnya, sekali gus membuka jalan kepada prosiding penggulungan.

  4. Tindakan sivil: Jika nilai hutang dan keadaan kes membenarkannya, kami akan memfailkan tuntutan di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa.

  5. Penguatkuasaan penghakiman: Jika penghakiman diperoleh, kami boleh menguatkuasakannya melalui perintah garnisi terhadap akaun bank syarikat penghutang, penyitaan dan penjualan asetnya, atau saman penghutang penghakiman terhadap pegawai syarikat.

  6. Kebankrapan: Jika penghutang anda ialah pemilik tunggal atau rakan kongsi dalam perniagaan perkongsian dan jumlah hutang sekurang-kurangnya RM100,000, kami boleh mengambil tindakan kebankrapan sebagai tekanan untuk mendapatkan bayaran.

​

Dalam pengalaman kami, kebanyakan syarikat penghutang yang masih mampu membayar dan beroperasi lebih rela berunding. Jika boleh, kami menyediakan pelan yang membolehkan klien kami dibayar sambil memberi ruang kepada syarikat penghutang teris beroperasi.

Siapa Kami Bantu

Kami mewakili perniagaan daripada pelbagai saiz yang mempunyai hutang tertunggak daripada perniagaan lain, termasuk:

 

  • pembekal, vendor dan pengedar

  • pengilang dan syarikat perdagangan

  • syarikat logistik dan pengangkutan barang

  • firma profesional, termasuk firma cukai, perakaunan dan perundingan

  • penyedia perkhidmatan IT dan teknologi

  • agensi dan perniagaan perkhidmatan lain

Semakan Terma Kontrak

Banyak perniagaan berjaya menuntut hutang tertunggak dengan lebih mudah atau mengelakkan masalah tersebut sepenuhnya dengan terma kontrak yang betul. Kami menyemak dan meminda terma perdagangan, sebut harga dan surat penglibatan anda dengan mengambil kira kebolehkuatkuasaan undang-undang, khususnya:

​

  • klausa jaminan peribadi supaya individu yang menandatangani bagi pihak syarikat turut bertanggungjawab secara peribadi jika syarikat gagal membuat pembayaran

  • faedah lewat bayar pada kadar yang munasabah dan boleh diterima oleh mahkamah

  • klausa pengekalan hak milik yang membolehkan pembekal mendapatkan semula barangan yang belum dibayar

Rundingan Pra-Mahkamah

Bagi syarikat penghutang yang perlu menguruskan gaji pekerja, kos operasi dan pemiutang lain, perjanjian penyelesaian yang disusun dengan baik selalunya merupakan cara terpantas untuk mendapatkan bayaran. Kami akan mengutamakan tiga perlindungan untuk pelanggan dalam setiap perjanjian:

​

  1. Faedah lewat bayar, yang menggalakkan penghutang mematuhi pelan pembayaran dan memberikan pampasan kepada pelanggan kami jika mereka gagal berbuat demikian.

  2. Cek bertarikh kemudian, yang memudahkan kutipan setiap ansuran serta membantu mengenal pasti akaun bank penghutang lebih awal sekiranya perintah garnisi diperlukan.

  3. Penghakiman persetujuan, yang menjadikan perjanjian tersebut sebagai perintah mahkamah supaya sebarang kegagalan membayar boleh dikuatkuasakan serta-merta tanpa perlu melalui perbicaraan penuh.

Penggulungan Wajib Syarikat

Hutang korporat tidak dipertikaikan berjumlah RM50,000 atau lebih membolehkan kami menyampaikan notis tuntutan berkanun. Jika hutang masih tidak dibayar selepas 21 hari, kami boleh memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi untuk menggulung syarikat tersebut. Sebelum itu, kami menilai jika:

​

  • terdapat pertikaian sebenar mengenai hutang tersebut yang boleh menghalang prosiding penggulungan

  • syarikat masih beroperasi dan mempunyai aset yang boleh terjejas

  • penggulungan syarikat berkemungkinan membawa kepada pembayaran

 

Secara praktiknya, penggulungan syarikat jarang berkesan untuk mendapatkan semula wang. Syarikat yang membiarkan dirinya digulung selalunya sudah dibebani hutang lain, termasuk kepada pemiutang bercagar yang dibayar terlebih dahulu. Apabila tiba giliran pemiutang tidak bercagar untuk dibayar, sering hanya sedikit atau tiada wang yang tinggal.

​

Oleh itu, notis tuntutan berkanun paling berkesan untuk memberi tekanan kepada syarikat yang masih mampu membayar supaya menjelaskan hutang, kerana mereka lebih rugi jika petisyen penggulungan difailkan.

Bukan Sekadar Teori

Kes-Kes Kami

Menuntut hutang perniagaan memerlukan pendekatan tegas dan profesional, terutamanya jika hubungan komersial dan reputasi perlu dijaga. Kami membantu perniagaan menuntut bayaran sambil melindungi kepentingan mereka. Berikut ialah anta kes penting yang telah kami kendalikan.

1. Ancaman Hukuman Penjara

Nilai hutang: RM180,000

Jumlah dituntut: RM180,000 (100%), dibayar sekaligus

​

Latar belakang

Klien kami, seorang pemilik perniagaan, mempunyai tunggakan bayaran sebanyak RM180,000 bagi perkhidmatan yang telah diberikan. Peringatan melalui e-mel dan WhatsApp tidak mendapat sebarang maklum balas, manakala penghutang mengabaikan setiap usaha untuk menyelesaikan tuntutan tersebut. Bukti yang tersedia hanya terdiri daripada sebut harga dan mesej WhatsApp tidak formal yang mengandungi pengakuan hutang oleh penghutang.

​

Walaupun bukti tersebut tidak ideal, ia masih mencukupi untuk membentuk strategi tuntutan yang sesuai.

​

Tindakan lanjut

Kami mengeluarkan surat tuntutan, tetapi ia tidak diendahkan. Kami kemudiannya memfailkan writ saman. Penghutang gagal memasukkan kehadiran atau memfailkan pembelaan, lalu kami memperoleh penghakiman ingkar bagi keseluruhan jumlah RM180,000.

​

Selepas beberapa percubaan penguatkuasaan yang tidak berjaya, kami mengambil langkah melalui saman penghutang penghakiman di bawah Akta Penghutang 1957. Setelah diarahkan hadir ke mahkamah, penghutang diperintahkan membayar RM10,000 sebulan bagi melunaskan hutang penghakiman tersebut. Namun, selepas membayar ansuran pertama, penghutang sekali lagi gagal membuat bayaran.

​

Penyelesaian

Kami memfailkan permohonan komital untuk memohon mahkamah memenjarakan penghutang kerana gagal mematuhi perintah pembayaran. Berdepan kemungkinan pemenjaraan yang nyata, penghutang akhirnya membayar keseluruhan RM180,000 secara sekaligus, sehari sebelum pendengaran komital dijadualkan.

2. Yuran Berdasarkan Tuntutan Berjaya

Nilai hutang: RM100,000 melibatkan 3 orang penghutang

Jumlah dituntut: RM70,000 diperoleh daripada 2 orang penghutang; baki RM30,000 difailkan sebagai bukti hutang

​

Latar belakang

Sebuah agensi hartanah yang terkenal mempunyai tunggakan komisen berjumlah RM100,000 daripada tiga orang pemilik hartanah. Komisen tersebut telah diperoleh melalui urusan jualan hartanah sekunder yang telah selesai, tetapi pemilik hartanah memintas klien kami dan enggan membayar invois walaupun telah mendapat manfaat daripada urus niaga tersebut.

​

Kami mengendalikan tuntutan ini berdasarkan yuran kejayaan (success fee), tanpa mengenakan yuran guaman pendahuluan melainkan bayaran berjaya diperoleh.

​

Tindakan lanjut

Penghutang pertama mempunyai tunggakan sebanyak RM30,000 sejak tahun 2020, dengan hanya setahun sebelum tamat tempoh had masa enam tahun. Kami mendapati pemilik hartanah tersebut telah diisytiharkan bankrap beberapa tahun sebelumnya. Oleh itu, kami membantu klien memfailkan bukti hutang (proof of debt) dan menyediakan dokumentasi yang diperlukan untuk pelepasan cukai.

​

Penghutang kedua, yang berhutang sebanyak RM35,000, memberikan maklum balas sebaik sahaja kami menghubunginya bagi pihak agensi tersebut. Selepas lima panggilan tidak berjawab berturut-turut, kami menerima mesej yang meminta akaun bank untuk pembayaran. Hutang tersebut berjaya diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh 48 jam.

​

Penghutang ketiga, yang turut berhutang sebanyak RM35,000, mengabaikan surat tuntutan kami serta tindakan susulan selama dua minggu. Kami kemudiannya menyediakan writ saman untuk difailkan. Sehari sebelum pemfailan dijadualkan, penghutang tersebut menghantar bukti pembayaran penuh.

​

Penyelesaian

Klien kami berjaya memperoleh semula RM70,000 tanpa perlu ke mahkamah, dan hanya membayar yuran guaman berdasarkan jumlah yang berjaya diperoleh. Bagi hutang yang tidak dapat dikutip, dokumentasi sewajarnya telah disediakan, membolehkan agensi tersebut menutup rekod bagi ketiga-tiga kes dengan teratur.

3. Menguatkuasakan Jaminan Peribadi

Nilai hutang: RM300,000

Jumlah dituntut: RM300,000 (100%), sehari selepas maklum balas kami

​

Latar belakang

Sebuah firma penasihat cukai sering berhadapan tunggakan bayaran yuran yang besar daripada syarikat-syarikat cangkerang (shell companies) yang tiada aset. Sebaik sahaja syarikat-syarikat tersebut tidak aktif, tindakan penguatkuasaan penghakiman ke atasnya hampir mustahil, manakala para pengarahnya sekadar meninggalkan invois tertunggak.

​

Kami menyemak dan meminda terma pelantikan firma ini dengan memasukkan klausa jaminan peribadi (personal guarantee). Klausa ini menjadikan individu yang menandatangani perjanjian bertanggungjawab secara peribadi sekiranya syarikat gagal membuat pembayaran.

​

Enam bulan kemudian, klausa tersebut diuji.

​

Tindakan lanjut

Seorang klien mempunyai tunggakan sebanyak RM300,000 kepada firma tersebut, manakala syarikat yang berhutang, sebuah Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2, jelas merupakan sebuah syarikat cangkerang. Mengetahui bahawa tiada aset untuk disita, pengarah syarikat tersebut mencabar kami untuk meneruskan proses penggulungan syarikat.

​

Penyelesaian

Sebaliknya, kami memaklumkan kepada pengarah tersebut bahawa kami tidak akan meneruskan penggulungan syarikat, tetapi menguatkuasakan klausa jaminan peribadi terhadapnya sebagai individu yang menandatangani perjanjian tersebut.

​

Keesokan harinya, kami menerima cek bagi pembayaran penuh sebanyak RM300,000.

Kejayaan Anda Fokus Kami

Testimoni Klien

Soalan Lazim

1. Apakah proses tuntutan hutang Rule & Co? Kami menggunakan kaedah pra-mahkamah dan mahkamah yang sah untuk menuntuta hutang; termasuk notis tuntutan, pengantaraan, rundingan, perjanjian penyelesaian, peningkatan kepada litigasi, prosiding garnishee, penyitaan dan penjualan harta, saman penghutang penghakiman, prosiding kebankrapan/penggulungan. Kami memberi tumpuan kepada kaedah yang paling berkesan dengan kos pendahuluan yang minimum kepada anda.

2. Berapa lamakah proses tuntutan hutang? Tuntutan hutang pra-mahkamah kami biasanya memerlukan sekitar lapan minggu untuk mendapatkan maklum balas daripada penghutang. Jika mereka kekal tidak mengendahkan kami, fail tersebut akan dikembalikan kepada anda tanpa sebarang caj lanjut. Untuk prosiding mahkamah, garis masa berbeza bergantung pada kerumitan kes. Kami akan memberi penilaian realistik sebelum anda memutuskan sama ada untuk meneruskan.

3. Apakah struktur yuran Rule & Co? Kami menggunakan model yuran yang mematuhi peraturan Majlis Peguam dan memastikan kos sejajar dengan nilai tuntutan anda. Untuk sebut harga yang tepat, hubungi kami di WhatsApp untuk penilaian kes percuma. Kami akan terangkan yuran yang dikenakan dan pilihan yang anda ada sebelum anda meneruskan.

4. Apa jumlah hutang minimum untuk lantik Rule & Co? Kami sedia mengambil kes melibatkan hutang serendah RM 5,000.

5. Apakah dokumen yang perlu saya sediakan? Rumusan hutang tertunggak anda menunjukkan jumlah keseluruhan dan butiran penghutang. Kami akan menasihati anda jika dokumentasi yang lebih terperinci diperlukan. Jangan risau jika dokumen tidak lengkap. Kami telah menyelesaikan banyak kes dengan dokumentasi yang terhad!

6. Adakah kaedah tuntutan Rule & Co sah di sisi undang-undang? Ya, kaedah kami adalah 100% sah. Kami adalah firma guaman yang dikawal selia oleh Majlis Peguam Malaysia. Kami bukan 'agensi pengukip hutang.' Semua kaedah kami adalah profesional dan boleh dikuatkuasakan di mahkamah.

7. Adakah saya akan dikemas kini tentang perkembangan kes saya? Ya, anda akan dimaklumkan melalui WhatsApp dengan peguam yang mengendalikan kes anda.

8. Adakah saya perlu membawa penghutang ke mahkamah? Tak semestinya. Kebanyakan kes tuntutan hutang boleh dinilai dengan cepat. Kami akan desak penghutang untuk mengemukakan alasan bertulis, dan jika ia lemah atau jelas taktik penangguhan, kami menanganinya dengan proses pengantaraan. Perbicaraan penuh adalah pilihan terakhir, bukan langkah pertama.

9. Saya dah cuba firma lain tapi tiada hasil. Mengapa Rule & Co. berbeza? Banyak pengutip hutang bergantung sepenuhnya pada panggilan berkali-kali yang mudah diabaikan oleh penghutang kerana tiada akibat. Ada firma membuka kes tanpa menilai peluang tuntutan agar boleh mengecaj kos pendahuluan tanpa perlu risau jika tuntutan akan berjaya. Di Rule & Co, kami fokus pada kaedah tuntutan undang-undang yang paling cepat dan kos efektif untuk setiap kes supaya masa dan wang anda (dan kami!) tidak terbazir.

10. Penghutang ada di negeri atau negara lain, bolehkah Rule & Co kendalikannya? Ya, boleh. Kami telah mengendalikan banyak kes merentas sempadan dan akan membimbing anda tentang cara paling kos efektif untuk meneruskan.

Penilaian Kes PERCUMA

Dapatkan penilaian kes percuma.


Whatsapp kami di +6 010 202 8095
E-mel kami di rudi@rulecolaw.com
Atau isi borang bersebelahan dan kami akan berhubung.

Belum ada hantaran yang diterbitkan dalam bahasa ini
Setelah siaran diterbitkan, anda akan melihatnya di sini.

Whatsapp: +6 010 202 8095

LG1-2, Seri Gembira Avenue, No 6, Jalan Senang Ria,

Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia.

  • Whatsapp
  • Facebook
  • LinkedIn

(c) 2020 Rule & Co. Peguambela & Peguamcara

bottom of page