top of page

Tuntutan Hutang Pra-Mahkamah

13528235_10154921707749622_6858702610276241136_o (1)_edited.png

Berdaftar dengan Badan Peguam Malaysia • Ditubuhkan pada 2016 • 1,000+ kes dikendalikan

Penilaian Kes Percuma

Strategi Tuntutan Hutang di Luar Mahkamah

Banyak hutang cukup besar untuk membebankan pemiutang, tetapi masih terlalu kecil untuk tindakan sivil. Perkhidmatan rundingan pra-mahkamah kami  khusus untuk kes sebegini agar usaha mendapatkan semula bayaran kekal berbaloi dari segi kewangan:

​

  • Surat tuntutan: Surat rasmi daripada firma kami menyatakan jumlah hutang, tarikh akhir pembayaran dan tindakan undang-undang jika diabaikan.

  • Rundingan: Kami berbincang dengan penghutang untuk memahami kedudukan mereka dan jumlah yang mampu dibayar secara realistik.

  • Tawaran penyelesaian: Kami kemukakan tawaran yang menjaga kepentingan anda sambil menggalakkan penghutang terus membayar.

  • Perjanjian penyelesaian hutang: Setelah terma dipersetujui, kami sediakan perjanjian yang mengikat dengan klausa perlindungan untuk pemiutang.

  • Susulan pembayaran: Bagi kes yang melibatkan pembayaran ansuran, kami membuat susulan bulanan dan mengambil tindakan lanjut jika perlu.

​

Kami mengesyorkan pendekatan pra-mahkamah dimulakan walaupun jumlah hutang cukup besar untuk tindakan litigasi. Jika dikendalikan dengan baik, pendekatan ini lebih cepat, menjimatkan kos dan kurang berkemungkinan menjejaskan hubungan perniagaan yang masih ingin dikekalkan.

Mencapai Perjanjian Penyelesaian

Secara umum, perjanjian penyelesaian yang baik mendorong penghutang untuk membayar dengan menawarkan:

​

  • fleksibiliti untuk memenuhi komitmen kewangan mereka yang lain

  • kepastian bahawa pembayaran akan menyelesaikan tuntutan sepenuhnya

  • cara untuk melindungi reputasi mereka

​

Setelah memahami kes anda, kami boleh menasihati tentang tawaran yang sesuai, sama ada bayaran ansuran, penyelesaian sekaligus pada jumlah yang dikurangkan atau kedua-duanya. Ini juga boleh merangkumi persetujuan untuk merahsiakan hutang tersebut selepas pembayaran penuh dibuat.

​

Cara sesuatu penyelesaian dicadangkan juga penting. Kami sentiasa tegas tanpa membuatkan penghutang berasa didesak atau dimalukan sehingga menolak tawaran yang munasabah.

Klausa untuk Perlindungan Pemiutang

Perjanjian penyelesaian hutang standard memberikan terma yang seimbang kepada kedua-dua pihak. Namun, memandangkan Rule & Co mewakili pemiutang, kami mengutamakan klausa tambahan untuk melindungi kepentingan klien:

​

  1. Faedah pembayaran lewat: Menggalakkan penghutang mematuhi jadual pembayaran dan memberikan pampasan jika mereka gagal.

  2. Cek bertarikh kemudian: Memudahkan kutipan setiap ansuran serta mengenal pasti akaun bank penghutang jika tindakan susulan diperlukan.

  3. Keingkaran & pencepatan pembayaran: Menjadikan keseluruhan baki hutang perlu dibayar serta-merta sekiranya satu bayaran terlepas.

Tindakan Undang-Undang Jika Perlu

Jika rundingan gagal atau penghutang menggunakannya sebagai taktik melengahkan pembayaran atau melanggar perjanjian penyelesaian, kami bersedia untuk mengambil tindakan lanjut:

​

  1. Menguatkuasakan penghakiman persetujuan: Jika penyelesaian telah direkodkan sebagai perintah mahkamah, kami boleh terus mengambil tindakan penguatkuasaan.

  2. Litigasi sivil: Kami memfailkan tuntutan di mahkamah dan, jika penghutang tidak mempunyai pembelaan tulen, memohon penghakiman terus tanpa perbicaraan penuh.

  3. Penguatkuasaan: Jika perintah mahkamah diperoleh, kami menguatkuasakannya melalui perintah garnisi, penyitaan dan penjualan aset atau saman penghutang penghakiman.

  4. Notis tuntutan statutori: Bagi penghutang korporat yang berhutang RM50,000 atau lebih, notis tuntutan statutori di bawah Seksyen 466 Akta Syarikat 2016 memberi tekanan kepada syarikat yang berkemampuan untuk membayar dalam tempoh 21 hari.

  5. Petisyen kebankrapan: Individu, pemilik tunggal dan rakan kongsi yang berhutang RM100,000 atau lebih boleh berdepan prosiding kebankrapan.

Bukan Sekadar Teori

Kes-Kes Kami

Walaupun setiap pemiutang memasuki rundingan dengan harapan untuk mendapatkan bayaran semula, keutamaan mereka berbeza-beza. Ada yang pentingkan kepantasan, ada yang utamakan kepastian, dan bagi sesetengah pihak, soal maruah dan rasa hormat lebih penting. Tugas kami adalah memahami keutamaan klien dan mewakili mereka sewajarnya. Kes pertama di bawah turut mengejutkan kami dan menunjukkan sikap boleh mempengaruhi perbincangan.

1. Permohonan Maaf RM9 Juta

Nilai hutang: RM10,000,000

Jumlah dituntut: RM1,000,000 sebagai penyelesaian muktamad, berserta permohonan maaf secara bertulis

​

Latar belakang

Pada tahun 2024, seorang ahli perniagaan terkemuka dari luar negara mendapatkan khidmat kami selepas memindahkan RM10,000,000 kepada rakan niaga di Malaysia untuk pelaburan dalam ladang durian, yang dipromosikan sebagai pelaburan selamat dengan pulangan tahunan 20% hingga 30%. Penghutang kemudiannya tidak lagi dapat dihubungi, manakala tiada kontrak rasmi selain bukti pindahan bank dan surat-menyurat e-mel.

​

Kami menerima kes ini berdasarkan yuran kejayaan dan mengeluarkan surat tuntutan kepada penghutang.

​

Tindakan lanjut

Penghutang melantik peguam sebagai tindak balas dan mendakwa bahawa RM10,000,000 tersebut merupakan hadiah. Pembelaannya bercanggah dengan setiap bukti yang kami miliki, manakala tindakannya menunjukkan tiada niat sebenar untuk membayar balik hutang. Oleh itu, kami memfailkan writ saman. Perbicaraan ditetapkan kira-kira setahun kemudian.

​

Penyelesaian

Pada hari perbicaraan, hakim mengarahkan kedua-dua pihak ke kamar hakim untuk menjalani mediasi. Klien kami berasa amat marah, bukan semata-mata kerana wang tersebut, tetapi kerana berasa tidak dihormati selepas bertahun-tahun menjalinkan hubungan baik.

​

Selepas rundingan sepanjang hari, dengan beberapa ketika penyelesaian kelihatan mustahil, penghutang mula menunjukkan penyesalan yang tulus, memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa dia tidak mampu membayar keseluruhan jumlah tersebut.

​

Tindak balas klien kami turut mengejutkan kami. Beliau bersetuju menerima RM1,000,000 sebagai penyelesaian penuh dan muktamad, dengan satu syarat: permohonan maaf yang ikhlas secara bertulis. Ini bermakna pengurangan sebanyak 90% daripada jumlah asal, begitu juga sebahagian besar yuran kejayaan kami. Namun, klien kami meninggalkan mahkamah dengan hati yang puas.

2. Tiga Hutang Tertunggak Sekaligus

Nilai hutang: RM100,000 melibatkan 3 orang penghutang

Jumlah dituntut: RM70,000 berjaya diperoleh sepenuhnya daripada 2 orang penghutang; baki RM30,000 difailkan sebagai bukti hutang

​

Latar belakang

Sebuah agensi hartanah terkenal mempunyai tunggakan komisen berjumlah RM100,000 daripada tiga orang pemilik hartanah. Komisen tersebut diperoleh melalui urusan jualan hartanah sekunder yang telah selesai, tetapi pemilik hartanah memintas klien kami dan enggan membayar invois walaupun telah mendapat manfaat daripada urus niaga tersebut. Kami mengendalikan tuntutan ini berdasarkan yuran kejayaan, tanpa yuran guaman pendahuluan melainkan bayaran berjaya diperoleh.

​

Tindakan lanjut

Penghutang pertama mempunyai tunggakan sebanyak RM30,000 sejak tahun 2020, dengan hanya berbaki setahun sebelum tamat tempoh had masa enam tahun. Semakan mendapati pemilik hartanah tersebut telah diisytiharkan bankrap beberapa tahun sebelumnya. Kami membantu klien memfailkan bukti hutang dan menyediakan dokumentasi untuk menuntut pelepasan cukai.

​

Penghutang kedua, yang berhutang sebanyak RM35,000, memberikan maklum balas sebaik sahaja kami menghubunginya bagi pihak agensi tersebut. Selepas lima panggilan tidak berjawab berturut-turut, kami menerima mesej yang bertanyakan akaun bank untuk membuat pembayaran. Hutang tersebut diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh 48 jam.

​

Penghutang ketiga, yang turut berhutang RM35,000, mengabaikan surat tuntutan dan tindakan susulan kami selama dua minggu. Kami menyediakan writ saman untuk difailkan dan sehari sebelum pemfailan, penghutang menghantar bukti pembayaran penuh.

​

Penyelesaian

Klien kami berjaya memperoleh semula RM70,000 tanpa perlu ke mahkamah dan hanya membayar yuran guaman berdasarkan jumlah yang berjaya diperoleh. Bagi hutang yang tidak dapat dikutip, dokumentasi sewajarnya telah disediakan, membolehkan agensi tersebut menutup rekod bagi ketiga-tiga kes.

Kejayaan Anda Fokus Kami

Testimoni Klien

Soalan Lazim

1. Apakah proses tuntutan hutang Rule & Co? Kami menggunakan kaedah pra-mahkamah dan mahkamah yang sah untuk menuntuta hutang; termasuk notis tuntutan, pengantaraan, rundingan, perjanjian penyelesaian, peningkatan kepada litigasi, prosiding garnishee, penyitaan dan penjualan harta, saman penghutang penghakiman, prosiding kebankrapan/penggulungan. Kami memberi tumpuan kepada kaedah yang paling berkesan dengan kos pendahuluan yang minimum kepada anda.

2. Berapa lamakah proses tuntutan hutang? Tuntutan hutang pra-mahkamah kami biasanya memerlukan sekitar lapan minggu untuk mendapatkan maklum balas daripada penghutang. Jika mereka kekal tidak mengendahkan kami, fail tersebut akan dikembalikan kepada anda tanpa sebarang caj lanjut. Untuk prosiding mahkamah, garis masa berbeza bergantung pada kerumitan kes. Kami akan memberi penilaian realistik sebelum anda memutuskan sama ada untuk meneruskan.

3. Apakah struktur yuran Rule & Co? Kami menggunakan model yuran yang mematuhi peraturan Majlis Peguam dan memastikan kos sejajar dengan nilai tuntutan anda. Untuk sebut harga yang tepat, hubungi kami di WhatsApp untuk penilaian kes percuma. Kami akan terangkan yuran yang dikenakan dan pilihan yang anda ada sebelum anda meneruskan.

4. Apa jumlah hutang minimum untuk lantik Rule & Co? Kami sedia mengambil kes melibatkan hutang serendah RM 5,000.

5. Apakah dokumen yang perlu saya sediakan? Rumusan hutang tertunggak anda menunjukkan jumlah keseluruhan dan butiran penghutang. Kami akan menasihati anda jika dokumentasi yang lebih terperinci diperlukan. Jangan risau jika dokumen tidak lengkap. Kami telah menyelesaikan banyak kes dengan dokumentasi yang terhad!

6. Adakah kaedah tuntutan Rule & Co sah di sisi undang-undang? Ya, kaedah kami adalah 100% sah. Kami adalah firma guaman yang dikawal selia oleh Majlis Peguam Malaysia. Kami bukan 'agensi pengukip hutang.' Semua kaedah kami adalah profesional dan boleh dikuatkuasakan di mahkamah.

7. Adakah saya akan dikemas kini tentang perkembangan kes saya? Ya, anda akan dimaklumkan melalui WhatsApp dengan peguam yang mengendalikan kes anda.

8. Adakah saya perlu membawa penghutang ke mahkamah? Tak semestinya. Kebanyakan kes tuntutan hutang boleh dinilai dengan cepat. Kami akan desak penghutang untuk mengemukakan alasan bertulis, dan jika ia lemah atau jelas taktik penangguhan, kami menanganinya dengan proses pengantaraan. Perbicaraan penuh adalah pilihan terakhir, bukan langkah pertama.

9. Saya dah cuba firma lain tapi tiada hasil. Mengapa Rule & Co. berbeza? Banyak pengutip hutang bergantung sepenuhnya pada panggilan berkali-kali yang mudah diabaikan oleh penghutang kerana tiada akibat. Ada firma membuka kes tanpa menilai peluang tuntutan agar boleh mengecaj kos pendahuluan tanpa perlu risau jika tuntutan akan berjaya. Di Rule & Co, kami fokus pada kaedah tuntutan undang-undang yang paling cepat dan kos efektif untuk setiap kes supaya masa dan wang anda (dan kami!) tidak terbazir.

10. Penghutang ada di negeri atau negara lain, bolehkah Rule & Co kendalikannya? Ya, boleh. Kami telah mengendalikan banyak kes merentas sempadan dan akan membimbing anda tentang cara paling kos efektif untuk meneruskan.

Penilaian Kes PERCUMA

Dapatkan penilaian kes percuma.


Whatsapp kami di +6 010 202 8095
E-mel kami di rudi@rulecolaw.com
Atau isi borang bersebelahan dan kami akan berhubung.

Belum ada hantaran yang diterbitkan dalam bahasa ini
Setelah siaran diterbitkan, anda akan melihatnya di sini.

Whatsapp: +6 010 202 8095

LG1-2, Seri Gembira Avenue, No 6, Jalan Senang Ria,

Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia.

  • Whatsapp
  • Facebook
  • LinkedIn

(c) 2020 Rule & Co. Peguambela & Peguamcara

bottom of page