top of page

Panduan Lengkap Prosiding Garnisi Di Malaysia

  • Writer: Rule & Co Editorial Team
    Rule & Co Editorial Team
  • 6 hari lalu
  • 5 min membaca

Bagi pemiutang di Malaysia dengan penghakiman mahkamah, perintah garnisi di bawah Aturan 49 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menawarkan penyelesaian cepat jika penghutang ingkar.


Secara khusus, ia membenarkan pemiutang mengeluarkan (atau 'menggarnis') wang yang terhutang kepada penghutang oleh pihak ketiga seperti pelanggan, penyewa, dan bank yang memegang akaun penghutang.


dua kanak-kanak bermain manakala seorang ditinggalkan untuk melambangkan pemiutang penghakiman memintas penghutang penghakiman dan mengutip terus daripada pihak garnisi


Bagi yang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas penghutang, panduan kami membimbing anda melalui langkah-langkah prosiding garnisi, bila ia paling berkesan, dan cara Rule & Co membantu pemiutang menguatkuasakan perintah garnisi terhadap penghutang.


Yang kesuntukan masa dipersilakan hubungi kami terus untuk penilaian kes percuma .



Jika tidak, mari kita mulakan.


Sumber yang boleh digarnis di Malaysia


Secara teori , perintah garnisi boleh digunakan ke atas mana-mana sumber wang yang merupakan hak milik penghutang selagi ia boleh dikenal pasti dan pihak yang memegang wang tersebut (dikenali sebagai pihak garnisi) mampu membayar, termasuklah:


  • akaun bank

  • pendapatan sewa

  • hasil daripada projek, usaha sama atau kontrak

  • pembayaran atau komisen pelanggan, dan

  • gaji bulanan


Walau bagaimanapun, dalam praktis , mahkamah tidak akan membenarkan garnisi sehingga penghutang tidak mempu menyara diri, dan hakim akan menggunakan budi bicara dalam menentukan sama ada suatu sumber boleh digarnis, dan jika ya, setakat mana.


Menggarnis akaun bank


Sebagai sumber yang paling kerap digarnis, pihak bank lazimnya hanya bekerjasama setakat yang diwajibkan oleh undang-undang, dan perintah garnisi tidak mewajibkan mereka untuk:


  • membekukan deposit yang dimasukkan selepas perintah garnisi disampaikan, atau

  • berkongsi maklumat transaksi yang mungkin dibuat untuk sembunyikan aset


Ini bermakna perintah garnisi hanya membekukan wang yang sudah ada dalam akaun bank pada waktu ia dikuatkuasakan ke atas bank.


Jika akaun sudahpun dikosongkan, bukan sahaja perintah garnisi tidak berguna, tetapi untuk dapatkan semula dana sangat sukar, lantas kami sentiasa menggesa pemiutang untuk bertindak secepat mungkin!


Sumber yang biasanya tidak boleh digarnis


Secara amnya, wang yang belum lagi dijanjikan, dilindungi undang-undang, tidak dimiliki sepenuhnya oleh penghutang, dan aset bukan tunai tidak boleh digarnis, termasuklah:


  • hutang yang belum dijanjikan

  • aset crypto

  • akaun kongsi

  • aset yang dipegang untuk pihak lain

  • Simpanan KWSP

  • dana yang dipindahkan ke akaun pihak ketiga


Berkenaan crypto, bukannya ia tidak boleh disita, cuma prosedur yang berkesan dengan bank jarang terpakai kepada bursa crypto. Tambahan lagi, jika aset crypto dipegang secara langsung tiada pihak ketiga yang boleh digarnis, menjadikan writ penyitaan dan penjualan lebih praktikal.


Jumlah minimum untuk perintah garnisi


Sehingga Disember 2025, tiada jumlah hutang minimum untuk memohon perintah garnisi, dan kami pernah membaca kes di mana mahkamah membenarkan permohonan untuk RM11.81!


Cume diingatkan perintah garnisi hanya boleh dipohon selepas penghakiman diperoleh, dan ini boleh memakan sehingga bertahun-tahun dan ribuan Ringgit. Oleh itu, yuran guaman merupakan halangan praktikal yang perlu dipertimbangkan.


Jika anda dihutang RM11.81, bukannya tak boleh guna perintah garnisi, tapi kami cadangkan minta penghutang belanja secawan Starbucks saja!


Prosedur


Prosiding garnisi melibatkan tiga langkah utama:


  1. Permohonan ex parte

  2. Pendengaran inter partes, dan

  3. Pemberian Perintah Garnisi Mutlak (Garnishee Order Absolute)


Dari langkah pertama ke akhir, jangkakan antara empat hingga lima bulan, dan kes yang lebih rumit akan mengambil masa lebih lama.



Langkah 1: Permohonan ex parte Perintah Garnisi Tunjuk Sebab



Di peringkat ini, kami mengenal pasti pihak garnisi yang mungkin memegang wang bagi penghutang dan bersedia untuk bantahan yang mungkin dikemukakan oleh mereka.


Jika kami rasa ada kemungkinan tinggi untuk menuntut hutang, kami akan (dengan kebenaran anda) memfailkan permohonan ex parte untuk Perintah Garnisi Tunjuk Sebab.




Contoh Perintah Garnisi Tunjuk Sebab 1

Contoh Perintah Garnisi Tunjuk  Sebab 2

Ini adalah perintah mahkamah peringkat awal yang mempunyai dua tujuan utama:


  1. Membekukan dana yang dipegang oleh pihak garnisi bagi penghutang, dan

  2. Mewajibkan pihak garnisi hadir ke mahkamah untuk mengesahkan kewujudan dana tersebut


Ex parte bermaksud permohonan difailkan tanpa memaklumkan penghutang atau pihak garnisi agar dana tidak dipindahkan atau disembunyikan sebelum mahkamah mengambil tindakan.


Jika perintah ini diluluskan, ia akan disampaikan kepada penghutang dan pihak garnisi, dana akan dibekukan, dan kedua-dua mereka perlu hadir ke mahkamah untuk langkah seterusnya.


Langkah 2: Pendengaran inter partes


Semua pihak hadir ke mahkamah dan pihak garnisi wajib mendedahkan jumlah yang terhutang kepada penghutang atau jumlah wang yang dipegang dalam akaun milik mereka.


Matlamat kami adalah untuk mendapatkan Perintah Garnisi Mutlak yang mewajibkan pihak garnisi membuat bayaran terus kepada anda.


Jika pihak garnisi ada bantahan, mereka boleh mengemukakannya untuk menghalang perkara ini, contohnya:


  • pihak garnisi tidak berhutang wang kepada penghutang

  • hutang atau dana tersebut belum perlu dibayar

  • hutang tersebut dipertikaikan atau tertakluk kepada tuntutan, rayuan atau penangguhan (stay) lain, atau

  • dana tersebut dipegang secara bersama dengan pihak lain


Jika permohonan awal menggabungkan pihak garnisi, pendengaran boleh melibatkan kesemuanya sekaligus. Dalam pengalaman kami, sesi berasingan lazimnya lebih cekap, terutamanya jika setiap pihak garnisi memegang dana yang berbeza.


Sebagai wakil guaman anda, kami akan menangani sebarang bantahan dan, jika perlu, mengemukakan bukti dana atau hutang yang dipertikaikan adalah milik penghutang.


Sekiranya mahkamah berpuas hati, ia boleh mengeluarkan Perintah Garnisi Mutlak.


Langkah 3: Memperoleh Perintah Garnisi Mutlak


Ini adalah perintah muktamad mengarahkan pihak garnisi membuat bayaran terus kepada anda.


Contoh Perintah Garnisi Mutlak 1

Contoh Perintah Garnisi Mutlak 2



sampel mutlak tempahan garnishee 1

sampel mutlak tempahan garnishee 2

Bergantung pada pihak garnisi, dan di mana garnisi melibatkan bayaran bulanan, peranan kami adalah untuk memastikan pematuhan berterusan terhadap perintah mahkamah tersebut, dan sekiranya gagal, mengambil langkah penguatkuasaan selanjutnya.


 

Bila perintah garnisi wajar digunakan


Perintah garnisi paling berkesan di bawah dua keadaan:


  1. Penghutang mempunyai dana atau hutang yang dipegang oleh pihak ketiga

  2. Pihak ketiga tersebut mampu dari segi kewangan untuk mematuhi perintah mahkamah


Situasi paling biasa adalah apabila penghutang mempunyai akaun di bank. Dalam kes bagini, perintah garnisi seringkali lebih cepat daripada merampas aset fizikal atau memulakan prosiding kebankrapan / penggulungan syarikat.


Ini sebabnya kami mementingkan penyelidikan awal, dan kadang kala akan cadangkan untuk bermula dengan saman penghutang penghakiman (JDS)  untuk mewajibkan penghutang mendedahkan sumber pendapatan dan aset mereka.


Apabila kaedah lain mungkin lebih baik


Katakanlah siasatan lanjut mendedahkan yang penghutang:


  • tidak mempunyai akaun bank yang diketahui atau pihak yang boleh digarnis, atau

  • terutamanya memiliki aset bukan tunai (seperti hartanah)


Kaedah penguatkuasaan alternatif mungkin lebih baik, iaitu writ penyitaan dan penjualan untuk menyita dan melelong harta penghutang, atau prosiding kebankrapan / penggulungan.


Dan jika penghutang sedia untuk berunding, kami mengglakkan penyelesaian di luar mahkamah pada mana-mana langkah prosiding garnisi


Pertimbangan yuran guaman


Walaupun perintah garnisi boleh menjadi cara yang berkesan untuk menuntut hutang, ingatlah yang ia hanya boleh diperoleh selepas penghakiman.


Memandangkan tuntutan sivil boleh mengambil masa hingga bertahun-tahun dan kos beribu-ribu Ringgit, penyelesaian di luar mahkamah hampir selalu lebih baik.


Sebelum melibatkan mahkamah, dapatkan penilaian kes percuma dengan pasukan kami untuk membincangkan langkah seterusnya yang paling praktikal.


Apapun, semoga proses tuntutan hutang anda berjalan lancar 🙂


Inzinkan Rule & Co kendalikan tuntutan hutang anda



Jika notis anda tidak dihiraukan atau anda sudah penat kejar penghutang, Rule & Co ialah firma guaman yang membantu pemiutang menuntut hutang melalui strategi sah yang menggabungkan kos awal minimum, peluang tuntutan maksimum, dan perlindungan reputasi anda.



 
 
 

Komen


Whatsapp: +6 010 202 8095

LG1-2, Seri Gembira Avenue, No 6, Jalan Senang Ria,

Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia.

  • Whatsapp
  • Facebook
  • LinkedIn

(c) 2020 Rule & Co. Peguambela & Peguamcara

bottom of page