
Tuntut Hutang
Anda Secara Sah
Berdaftar dengan Badan Peguam Malaysia
• Ditubuhkan 2016 • 3,000+ kes dikendalikan
Dapatkan Penilaian Kes Percuma
_edited.png)
Fokus Tuntutan Hutang
Perkhidmatan Kami
Kenapa Rule & Co.
Lebih Sedekad Mempertahankan Hak Pemiutang

1. Fokus Tuntutan Hutang Secara Sah
Kami mengendalikan hutang individu dan perniagaan, invois tertunggak, tuntutan kontraktor (sebelum CIPAA), komisen, yuran profesional, jaminan peribadi, tunggakan sewa, dan banyak lagi.
2. Firma Guaman Berdaftar
Kami tuntut hutang secara sah dan profesional. Tiada gangguan. Tiada intimidasi. Tiada risiko terhadap reputasi anda.
3. Yuran Telus & Berpatutan
Yuran kami setimpal dengan nilai dan kerumitan kes anda dengan kos pendahuluan minimum agar proses menuntut hutang sentiasa berbaloi dari segi kewangan, terutamanya untuk perniagaan.
Tentang kami →
Bukan Sekadar Borak Kosong
Kes-Kes Terpenting Kami
Tuntut Hutang Anda Sendiri!
Aplikasi Kegunaan Pemiutang

Agensi vs Peguam Tuntutan Hutang
Agensi kutipan hutang dan peguam tuntutan hutang membantu pemiutang menuntut hutang yang belum dibayar, tetapi peguam dikawal selia oleh Badan Peguam Malaysia, terikat dengan peraturan tatalaku profesional, dan mampu menguruskan keseluruhan proses termasuk ke mahkamah jika perlu. Ini memberikan pemiutang sokongan dengan akauntabiliti dan laluan yang lebih lancar sekiranya kes menjadi lebih rumit.
Baca panduan kami →
Soalan Lazim
Senarai penuh soalan tuntutan hutang →
1. Apa jenis perkhidmatan ditawarkan Rule & Co.?
Kami mengendalikan hutang individu dan perniagaan, invois yang belum dibayar, tuntutan pembinaan (sebelum CIPAA), komisen, yuran profesional, jaminan peribadi, tunggakan sewa, dan banyak lagi.
2. Berapa lamakah proses menuntut hutang?
Perkhidmatan pemulihan hutang pra-mahkamah kami biasanya memerlukan sekitar 8 minggu untuk mendapatkan maklum balas daripada penghutang. Sekiranya tiada respons, kami akan pulangkan fail anda tanpa caj tambahan.
​
Bagi prosiding sivil, tempoh masa yang diperlukan bergantung pada kerumitan kes. Kami akan berikan penilaian realistik sebelum anda buat keputusan sama ada untuk teruskan ke mahkamah.
3. Berapakah kos menggunakan servis Rule & Co.?
Struktur yuran kami mematuhi peraturan Majlis Peguam, dengan model yang menjimatkan kos direka bentuk supaya setimpal dengan hasil yang diperoleh. Untuk sebut harga yang tepat, sila hubungi kami melalui WhatsApp bagi penilaian kes secara percuma.
Kami akan menerangkan dengan jelas yuran yang terlibat serta pilihan yang tersedia untuk anda sebelum anda membuat sebarang komitmen.
4. Apa nilai hutang minimum klien Rule & Co.?
Kami sedia untuk mengendalikan kes dengan hutang serendah RM5,000.
5. Dokumen apakah yang patut saya sediakan?
Kita boleh bermula dengan sekadar ringkasan hutang tertunggak anda (yang menunjukkan jumlah tuntutan keseluruhan) serta butiran hubungan penghutang. Kami akan maklumkan jika dokumen lebih diperlukan.
Jangan bimbang jika dokumen tidak lengkap. Kami telah menyelesaikan banyak kes walaupun dengan dokument terhad jadi jangan abaikan hutang tersebut hanya kerana anda tidak mempunyai kontrak rasmi.
6. Adakah kaedah tuntutan Rule & Co. sah?
Sudah tentu. Kami firma guaman yang dikawal selia oleh Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council) dan bukanlah 'agensi pemungut hutang.'
Semua kaedah kami sah di sisi undang-undang, profesional, dan boleh dikuatkuasakan di mahkamah. Fokus kami sentiasa tertumpu kepada usaha melindungi hak anda di samping memelihara reputasi perniagaan anda.
7. Akankah saya dimaklumkan tentang berita kes?
Kami akan memaklumkan anda mengenai segala perkembangan penting melalui komunikasi WhatsApp secara langsung dengan peguam yang mengendalikan kes anda. Kami mengutamakan kepantasan respons serta ketekunan dalam memantau perkembangan kes anda.
Blog Kami
Invois Tertunggak.
Notis Tak Dibalas.
Jangan Senyap.
Tuntut Sekarang
_edited_edited.png)
Dapatkan Penilaian Kes Percuma
Isi borang di sebelah dan kami akan hubungi anda untuk menilai kes, kebarangkalian pemulihan, dan langkah-langkah terbaik seterusnya.
































