Panduan Notis Tuntutan Hutang Di Malaysia (+Contoh Percuma)
- Rule & Co Editorial Team

- 3 hari lalu
- 3 min membaca
Antara langkah terawal dalam proses tuntutan hutang di Malaysia adalah penghantaran surat tuntutan hutang, iaitu notis bertulis rasmi meminta penerima jelaskan bayaran tertunggak.

Surat ini boleh diutus terus oleh para pemiutang, dan panduan ini merangkumi perkara penting tentang kegunaanya untuk menuntut hutang dengan berkesan.
Begini cara kami terangkannya:
erti surat tuntutan dan cara ia boleh membantu anda
beza antara surat tuntutan dari anda berbanding peguam
cara menangani penghutang kali pertama, dan
tindakan yang boleh diambil jika mereka mengabaikan peringatan
Jom mulakan.
Hakikat surat tuntutan hutang
Pemiutang yang menguruskan tuntutan hutang sendiri patut anggap surat tuntutan sebagai alat untuk menggalakkan penghutang melunaskan hutang kerana ia tindakan yang wajar, bukan kerana takut tindakan undang-undang. Ini kerana walau sekeras mana pun surat anda, ia hanya sekadar peringatan.
Mujurnya, melainkan anda berdepan dengan penghutang tegar, surat tuntutan masih boleh berkesan, sama ada kerana rasa malu atau keinginan untuk menjaga hubungan.
Beza surat tuntutan peguam
Perbezaannya terletak pada tindakan susulan: Mana-mana surat tuntutan boleh mengancam tindakan undang-undang, tetapi hanya peguam boleh memfailkan tuntutan sivil bagi hutang melebihi RM5,000.
Kerana inilah surat peguam dikatakan mempunyai 'legal weight', manakala surat sama daripada pemiutang dan agensi lebih kepada ancaman kosong.

Sekali lagi, kerana kebanyakan penghutang tidak tahu perkara ini, apa-apa surat pun boleh berkesan, jadi, mari kita teruskan kepada prosesnya🙂
Surat tuntutan hutang untuk penghutang kali pertama
Sehingga kini, tiada undang-undang khusus di Malaysia yang menetapkan bilangan surat tuntutan hutang perlu dihantar atau isi kandungannya.
Pemiutang bebas untuk menghantar sebanyak mana surat yang dikehendaki, dan matllamatnya ialah untuk dapatkan bayaran dengan tekanan paling minimum agar hubungan tidak terjejas.
Tapi kalau perlu tegas, jangan teragak-agak!
Cadangan kami
Kami akan jelaskan sebabnya di bawah, tetapi buat masa ini, kami cadangkan dua surat dihantar:
peringatan pertama, dan jika tidak diendahkan
peringatan terakhir berserta notis tindakan undang-undang
Jika anda ingin tulis sendiri, pastikan maklumat berikut ada dalam surat:
maklumat penghutang dan pemiutang
penerangan yang jelas tentang tujuan hutang tersebut
bila hutang itu ditanggung
terma yang telah dipersetujui
jumlah yang perlu dibayar
tarikh akhir pembayaran
akibat kegagalan membuat bayaran
salinan perjanjian atau invois (pilihan)
peringatan terdahulu yang telah dihantar (pilihan)
sebarang bukti bayaran separa (pilihan)
Bagi yang malas, gunakan saja templat percuma kami - isi dan terus hantar melalui e-mel!
Contoh surat peringatan bayaran tertunggak pertama
Peringatan bayaran tertunggak terakhir
Kenapa dua surat?
Dalam pengalaman kami, dua surat sudah memadai untuk tahu jika penghutang anda benar-benar berniat untuk membayar.
Sekiranya penghutang mengabaikan kedua-dua surat ini, lazimnya tuntutan hutang akan memerlukan tekanan undang-undang.
Boleh tak hantar surat tuntutan melalui WhatsApp?
Jawapan pendeknya, ya.
Namun, melainkan anda bimbang ia akan menjejaskan hubungan, lebih baik untuk gunakan beberapa saluran yang boleh menyimpan rekod seperti e-mel, surat fizikal, dan SMS.
Jika penghutang tidak mengendahkan surat anda
Penghutang yang tidak menghiraukan peringatan biasanya sedang:
menangguh hingga tempoh had masa enam tahun tamat
mengalami masalah kewangan, atau
berpendapat mereka ada sebab untuk membantah hutang tersebut
Walau apa pun, menghantar surat susulan lazimnya akan membazir masa sahaja.
Dalam situasi ini, kami cadangkan agar pemiutang:
ambil tindakan undang-undang, atau
anggapnya sebagai hutang lapuk dan tuntut potongan cukai
Sekiranya pemiutang ingin mengambil tindakan undang-undang, ini masa yang sesuai untuk lantik peguam pengutip hutang yang akan mengeluarkan Surat Tuntutan rasmi sebagai amaran untuk tindakan selanjutnya.
Berikut adalah contoh surat dari Rule & Co kepada seorang penghutang yang ingkar:


Kami rasa jelas bahawa surat ini menunjukkan dengan tegas kepada penghutang ini adalah peluang terakhir mereka untuk membuat bayaran. Setelah surat dihantar, biasanya salah satu daripada dua perkara akan berlaku, iaitu:
penghutang akur dan perbincangan untuk bayaran akan bermula, atau
terus ingkar, dan kami akan memfailkan tuntutan sivil bagi mendapatkan penghakiman
Setelah penghakiman diperoleh, penghutang akan berdepan denda atau penalti yang serius ekiranya terus tidak menjelaskan hutang.
Costs to engage a lawyer to issue an LOD
Bagi mencegah klien melantik peguam berdasarkan kos tanpa mengambil kira kualiti, Badan Peguam Malaysia melarang peguam daripada mengiklankan harga kami.
Tambahan lagi, untuk kebanyakan peguam, notis tuntutan hutang hanya satu langkah dalam proses tuntutan hutang yang biasanya merangkumi rundingan pra-mahkamah, susulan bayaran, dan tindakan undang-undang jika perlu.
Pembaca yang inginkan khidmat profesional dijemput untuk menghubungi kami untuk dapatkan penilaian kes percuma.
Apapun, kami harap proses tuntutan hutang anda berjalan lancar 🙂
Biar Rule & Co uruskan tuntutan hutang anda

Jika anda tiada masa untuk mengejar penghutang, Rule & Co ialah firma guaman tuntutan hutang dengan pengalaman luas membantu pemiutang melalui strategi perundangan dengan kos awal minimum yang tidak akan menjejeaskan reputasi anda.



Komen