top of page
hero image for consturction debt recovery service page.jpg

Legal Debt Collection Services For Small Businesses

Malaysian Bar registered Law Firm • Established 2016 • 2,000+ debt matters handled since 2016.

Get a Free Case Assessment

Our Services

The Rule & Co team has spent the past ten years helping contractors and subcontractors in Malaysia efficiently handle construction debt disputes, recovery, and enforcement through a variety of methods including:

1. Apakah proses tuntutan hutang Rule & Co? Kami menggunakan kaedah pra-mahkamah dan mahkamah yang sah untuk menuntuta hutang; termasuk notis tuntutan, pengantaraan, rundingan, perjanjian penyelesaian, peningkatan kepada litigasi, prosiding garnishee, penyitaan dan penjualan harta, saman penghutang penghakiman, prosiding kebankrapan/penggulungan. Kami memberi tumpuan kepada kaedah yang paling berkesan dengan kos pendahuluan yang minimum kepada anda.

2. Berapa lamakah proses tuntutan hutang? Tuntutan hutang pra-mahkamah kami biasanya memerlukan sekitar lapan minggu untuk mendapatkan maklum balas daripada penghutang. Jika mereka kekal tidak mengendahkan kami, fail tersebut akan dikembalikan kepada anda tanpa sebarang caj lanjut. Untuk prosiding mahkamah, garis masa berbeza bergantung pada kerumitan kes. Kami akan memberi penilaian realistik sebelum anda memutuskan sama ada untuk meneruskan.

3. Apakah struktur yuran Rule & Co? Kami menggunakan model yuran yang mematuhi peraturan Majlis Peguam dan memastikan kos sejajar dengan nilai tuntutan anda. Untuk sebut harga yang tepat, hubungi kami di WhatsApp untuk penilaian kes percuma. Kami akan terangkan yuran yang dikenakan dan pilihan yang anda ada sebelum anda meneruskan.

4. Apa jumlah hutang minimum untuk lantik Rule & Co? Kami sedia mengambil kes melibatkan hutang serendah RM 5,000.

5. Apakah dokumen yang perlu saya sediakan? Rumusan hutang tertunggak anda menunjukkan jumlah keseluruhan dan butiran penghutang. Kami akan menasihati anda jika dokumentasi yang lebih terperinci diperlukan. Jangan risau jika dokumen tidak lengkap. Kami telah menyelesaikan banyak kes dengan dokumentasi yang terhad!

6. Adakah kaedah tuntutan Rule & Co sah di sisi undang-undang? Ya, kaedah kami adalah 100% sah. Kami adalah firma guaman yang dikawal selia oleh Majlis Peguam Malaysia. Kami bukan 'agensi pengukip hutang.' Semua kaedah kami adalah profesional dan boleh dikuatkuasakan di mahkamah.

7. Adakah saya akan dikemas kini tentang perkembangan kes saya? Ya, anda akan dimaklumkan melalui WhatsApp dengan peguam yang mengendalikan kes anda.

8. Adakah saya perlu membawa penghutang ke mahkamah? Tak semestinya. Kebanyakan kes tuntutan hutang boleh dinilai dengan cepat. Kami akan desak penghutang untuk mengemukakan alasan bertulis, dan jika ia lemah atau jelas taktik penangguhan, kami menanganinya dengan proses pengantaraan. Perbicaraan penuh adalah pilihan terakhir, bukan langkah pertama.

9. Saya dah cuba firma lain tapi tiada hasil. Mengapa Rule & Co. berbeza? Banyak pengutip hutang bergantung sepenuhnya pada panggilan berkali-kali yang mudah diabaikan oleh penghutang kerana tiada akibat. Ada firma membuka kes tanpa menilai peluang tuntutan agar boleh mengecaj kos pendahuluan tanpa perlu risau jika tuntutan akan berjaya. Di Rule & Co, kami fokus pada kaedah tuntutan undang-undang yang paling cepat dan kos efektif untuk setiap kes supaya masa dan wang anda (dan kami!) tidak terbazir.

10. Penghutang ada di negeri atau negara lain, bolehkah Rule & Co kendalikannya? Ya, boleh. Kami telah mengendalikan banyak kes merentas sempadan dan akan membimbing anda tentang cara paling kos efektif untuk meneruskan.

11. Bolehkah kes saya diselesaikan tanpa pergi ke mahkamah? Kebanyakan masanya, memang boleh. Mahkamah adalah pilihan terakhir, dan strategi awal kami ialah pra-mahkamah: surat tuntutan, pengantaraan, penyelesaian berstruktur dan perjanjian bayaran berperingkat. Litigasi hanya dipertimbangkan jika penghutang menolak semua jalan penyelesaian yang munasabah.

12. Adakah mengupah firma guaman menjejaskan hubungan atau reputasi saya dengan penghutang? Tidak jika dikendalikan dengan betul. Kami memastikan komunikasi profesional, berhati-hati dan bebas daripada 'taktik ugutan'.

13. Apakah peluang saya untuk tuntutan hutang yang berjaya? Kami mempertimbangkan tiga faktor utama bagi menilai kadar kejayaan: (i) Sama ada penghutang sudah gulung tikar/bankrap. (ii) Sama ada penghutang ada alasan yang kukuh untuk tidak membayar. (iii) Sama ada penghutang ada aset / wang yang cukup untuk membayar balik hutang. Jika semua faktor di atas positif, kadar kejayaan biasanya tinggi.

Thanks for submitting!

2

Whatsapp: +6 010 202 8095

LG1-2, Seri Gembira Avenue, No 6, Jalan Senang Ria,

Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia.

  • Whatsapp
  • Facebook
  • LinkedIn

(c) 2020 Rule & Co. Peguambela & Peguamcara

bottom of page