top of page

Panduan Saman Penghutang Penghakiman Di Malaysia

  • Writer: Rudi Cheu
    Rudi Cheu
  • 4 hari lalu
  • 2 min membaca

Memenangi penghakiman mahkamah hanya permulaan, dan cabaran sebenar ialah mendapatkan semula wang yang terhutang selepas itu.


Di Malaysia, salah satu langkah penguatkuasaan untuk pemiutang adalah Saman Penghutang Penghakiman (JDS), dan di bawah, kami menjelaskan erti JDS, langkah permohonan, dan perkara penting yang pemiutang patut tahu.


Yang kesuntukan masa dipersilakan hubungi kami terus untuk penilaian kes percuma .



Kalau tak, jom mulakan.


Maksud Saman Penghutang Penghakiman (JDS)


JDS adalah mekanisme undang-undang selepas penghakiman yang memaksa penghutang hadir ke mahkamah untuk mendedahkan status kewangan mereka. Ia dikeluarkan di bawah:



Apabila pemiutang telah memperoleh penghakiman tetapi penghutang gagal membayar, mahkamah boleh memanggil penghutang untuk memberikan maklumat lengkap tentang:


  • Pendapatan dan aset

  • Akaun bank dan hasil perniagaan

  • Liabiliti dan obligasi kewangan


Maklumat ini membantu mahkamah menilai kemampuan penghutang untuk membayar hutang secara penuh atau melalui ansuran. Gagal mematuhi JDS boleh mengakibatkan hukuman serius seperti prosiding komital.


Langkah permohonan


Untuk memulakan JDS, pemiutang penghakiman mesti memfailkan permohonan di mahkamah yang mengeluarkan penghakiman asal, disokong oleh afidavit yang mengesahkan hutang tersebut masih belum dibayar.


Dokumen wajib


  • Salinan penghakiman mahkamah yang asal

  • Afidavit bersumpah yang mengesahkan baki hutang

  • Maklumat mengenai aset atau pendapatan penghutang yang sedia ada


Saman mest diserahkan secara terus kepada penghutang sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh pendengaran.


Selepas JDS diterima


Di mahkamah, penghutang akan disoal tentang situasi kewangan mereka, dan jika mahkamah berpendapat penghutang mampu membayar, ia boleh:


  • Mengeluarkan perintah ansuran

  • Mengarahkan pembayaran penuh dalam tempoh tertentu


Situasi khusus


  • Jika penghutang tidak mampu membayar: Di bawah Seksyen 5 Akta Penghutang 1957, mahkamah boleh mengubah, menggantung, atau membatalkan perintah pembayaran jika penghutang membuktikan mereka benar-benar tidak mampu. Hutang asal tidak dibatalkan.

  • Jika penghutang gagal hadir: Mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap atau notis tunjuk sebab dan keingkaran sengaja boleh membawa kepada denda atau penjara.


Penguatkuasaan JDS


Selepas JDS dikeluarkan, penghutang penghakiman wajib untuk mematuhinya dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan susulan termasuk:


  • Pemotongan gaji

  • Penyitaan harta

  • Prosiding kebankrapan atau penggulungan syarikat

  • Prosiding komital (hukuman penjara)


Jabatan Insolvensi Malaysia serta pegawai penguatkuasaan yang dilantik oleh mahkamah memainkan peranan penting dalam melaksanakan perintah-perintah ini.


Walau bagaimanapun, penghutang tidak boleh dihukum semata-mata kerana tidak membayar hutang. Mahkamah perlu diyakinkan bahawa penghutang tersebut sebenarnya mempunyai kemampuan untuk membayar, tetapi dengan sengaja mengelakkan pematuhan.


Bila JDS wajar digunakan


Sebelum memulakan prosiding mahkamah atau tindakan litigasi secara rasmi, pemiutang yang sedang mempertimbangkan keberkesanan JDS digalakkan untuk:


  • Melakukan semakan latar belakang penghutang bagi menilai situasi kewangan

  • Menghantar surat tuntutan memperincikan jumlah hutang dan tarikh akhir

  • Menjemput penghutang untuk rundingan bagi mengelakkan kos dan kerumitan


Tindakan undang-undang boleh menjejaskan hubungan perniagaan serta memakan masa yang pandjan, lantas pendekatan yang tidak melibatkan mahkamah wajar digunapakai terlebih dahulu.


Tempoh masa dan had tuntutan


Di bawah Seksyen 6(3) Akta Had Masa 1953, penguatkuasaan berdasarkan penghakiman tidak lagi sah selepas 12 tahun dari tarikh penghakiman tersebut, dan jika penghakiman telah melepasi tempoh 6 tahun, kebenaran mahkamah biasanya diperlukan.


Selain itu, faedah hutang penghakiman hanya boleh dituntut sehingga 6 tahun dari tarikh ia mula terhutang, walaupun hutang asal masih boleh dikuatkuasakan.


Jadi jangan tunggu terlalu lama!


Biar Rule & Co uruskan tuntutan hutang anda


Jika anda tiada masa untuk mengejar penghutang, Rule & Co ialah firma guaman tuntutan hutang dengan pengalaman luas membantu pemiutang melalui strategi perundangan dengan kos awal minimum yang tidak akan menjejeaskan reputasi anda.



 
 
 

Whatsapp: +6 010 202 8095

LG1-2, Seri Gembira Avenue, No 6, Jalan Senang Ria,

Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia.

  • Whatsapp
  • Facebook
  • LinkedIn

(c) 2020 Rule & Co. Peguambela & Peguamcara

bottom of page