Cara Tuntut Hutang Melebihi RM 100,000
- Rudi Cheu

- Aug 1, 2025
- 2 min read
Updated: Oct 17, 2025
Cara Tuntut Hutang Melebihi RM100,000 di Malaysia: Panduan Lengkap
Menghadapi pelanggan atau rakan kongsi yang gagal membayar hutang berjumlah lebih RM100,000 bukanlah perkara kecil. Hutang sebegini boleh memberi kesan besar terhadap aliran tunai perniagaan anda. Dalam artikel ini, kami kongsikan cara menuntut hutang melebihi RM100,000 secara sah di Malaysia — termasuk strategi undang-undang, pilihan mahkamah, dan langkah praktikal yang boleh anda ambil.
Kenapa Jumlah Hutang RM100,000 Penting?
Jika amaun hutang melebihi RM100,000, anda berhak untuk menggunakan prosedur Winding-Up di bawah Akta Syarikat 2016, yang merupakan salah satu senjata paling berkesan dalam pemulihan hutang korporat.
Pilihan Undang-Undang untuk Tuntut Hutang Melebihi RM100,000
1. Surat Tuntutan (Letter of Demand)
Langkah pertama ialah menghantar Surat Tuntutan melalui peguam. Ini menunjukkan bahawa anda serius dan memberi peluang terakhir kepada penghutang untuk membayar sebelum tindakan undang-undang dimulakan. Dalam kes komersial, surat tuntutan juga boleh digunakan sebagai bukti niat baik anda jika perkara dibawa ke mahkamah.
Tip: Pastikan surat tuntutan menyatakan dengan jelas jumlah hutang, tarikh akhir pembayaran, dan akibat kegagalan menjelaskan hutang.
2. Tindakan di Mahkamah Sesyen/Tinggi
Jika penghutang gagal membayar selepas surat tuntutan, anda boleh memfailkan Writ of Summons di Mahkamah Sesyen (untuk hutang RM 100,000 - 1,000,000) ataupun Mahkamah Tinggi (untuk hutang melebihi RM 1,000,000)
Jenis tuntutan biasa:
Tuntutan kontrak (contoh: invois tidak dibayar)
Ganti rugi akibat pelanggaran perjanjian
Tindakan berdasarkan pengakuan hutang atau cek tendang
3. Notis Penggulungan (Winding-Up Notice)
Jika penghutang adalah syarikat Sdn Bhd, dan hutang tidak dibayar melebihi RM50,000, anda boleh menghantar Notis Penggulungan di bawah Seksyen 466(1)(a) Akta Syarikat 2016.
Ini memberi tekanan serius kepada syarikat tersebut kerana kegagalan menjelaskan hutang boleh membawa kepada pembubaran (winding-up) syarikat itu oleh Mahkamah.
Nota penting: Winding-up bukan untuk digunakan sewenang-wenangnya. Ia mesti berdasarkan hutang yang jelas dan tidak dipertikaikan.
4. Tindakan terhadap Pengarah Syarikat
Jika terdapat unsur penipuan atau salah guna kuasa, anda boleh menggunakan Seksyen 540 (Perdagangan Penipuan) untuk menuntut pengarah secara peribadi walaupun hutang itu atas nama syarikat.
Contoh kes:
Pengarah masih mengambil barang walaupun tahu syarikat tidak mampu bayar
Syarikat ditutup secara tiba-tiba dan operasi dipindahkan ke entiti baru
Bukti dan Dokumen Yang Diperlukan
Untuk tuntutan hutang yang kukuh, anda perlukan:
Invois & Delivery Order
Perjanjian atau kontrak bertulis
Rekod komunikasi (WhatsApp, emel)
Surat pengakuan hutang (jika ada)
Cek tendang (jika berkaitan)
Bila Anda Patut Bertindak?
Lagi lama anda tunggu, lagi sukar nak pulih balik wang anda. Debtor mungkin sudah:
Lari dari Malaysia
Menjual aset syarikat
Tutup syarikat dan buka syarikat baru
Ambil tindakan awal adalah kunci utama.
Strategi Pemulihan Hutang Tanpa Bayaran Pendahuluan
Jika anda mahu menuntut hutang melebihi RM100,000 tanpa perlu bayar yuran guaman secara awal, cari firma guaman yang menawarkan servis "No Win No Fee" atau "Success-Based Recovery"; iaitu Fi Kejayaan yang hanya perlu dibayar apabila pemulihan berjaya.
Hubungi Rule & Co untuk penilaian kes tuntutan hutang

Rule & Co ialah firma guaman berdaftar di Malaysia yang membantu pemiutang menuntut hutang menggunakan strategi undang-undang yang menjimatkan kos, memaksimumkan pembayaran hutang, dan melindungi reputasi klien kami.



Comments